Rabu, 26 Januari 2011

Laksa Penang

Bahan-bahan : 
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
5 ekor ikan kembung
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tabur dihiris ikut kesesuaian :
Timun
Bawang besar
Daun selom
Nenas
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis


Cara-cara :
1. Ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan
jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Get your own Digital Clock

Terdapat ralat dalam alat ini