Isnin, 21 Jun 2010

Nasi Kerabu

Bahan-bahan (Nasi):
4 cwn beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna biru
daun pandan

Cara:
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

Bahan-bahan (Sambal Tumis):
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
200ml/ 1/2 tin santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar belacan ( pilih antara satu)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak(kena banyak sikit), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak.

Bahan-bahan (Sambal Ikan/Kelapa):
1 ekor ikan kembung- saiz besar ( kita gantikan dgn ikan tenggiri)
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia

Cara:
1.Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
2.Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
3.Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
4.Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
5.Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
6.Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.


Bahan-bahan (Ulam):
kubis,timun,taugeh,daun kesum dan kacang panjang

Cara:
Hiris halus semua sayur kecuali taugeh dan gaul rata.


Bahan-bahan(Solok Lada):
20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah
4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya- kita guna isi ikan tenggiri
2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan )- kita gunakan kelapa kering je dan bubuh sedikit air panas dan santan dlm tin.
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula

Cara:
1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili)
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut.
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Bahan-bahan(Ayam Goreng):
paha ayam
Bahan perap:
bawang putih
serbuk kunyit
serbuk cili
serbuk kari
garam
sedikit lada hitam
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Bersihkan ayam dan toskan air.
2. Gaul ayam dengan garam dan bahan perap .
3. Perap dalam ayam yang telah digaul rata. Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.
4. Keluarkan dari peti ais dan goreng dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga perang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Get your own Digital Clock

Terdapat ralat dalam alat ini