Isnin, 21 Jun 2010

Nasi Ayam

Bahan-bahan (Nasi):
2 pot beras
2 pot air rebusan ayam
bawang merah, bawang putih, halia (ditumbuk lumat)
sedikit garam

Cara:
1. tumis bawang n halia hingga bau wangi
2. masukkan air rebusan ayam
3. masukkan beras yg telah dicuci bersih
(guna api perlahan je tau..pastu tlg kacau nasi tu sekejap2 sbb nti berkerak lak)

Bahan-bahan (Sup):
1/2 ekor ayam
sup bunjut
halia n bawang putih (diketuk)
air

Cara:
1. Rebus ayam
2. Masuk la sup bunjut n halia tuh dlm periuk skali.
3. tunggu sampai mendidih / sehingga ayam lembut

(air rebusan ni letak lebih sket sebab nk guna utk wat masak nasi)

Bahan-bahan (Ayam roasted):
ayam yg direbus td
kicap
sos tiram

Cara:
1. perap ayam yg direbus tu dgn kicap n sos tiram lebih kurang stgh jam
2. bakar dlm microwave dlm 10 min..
(nak goreng pon bleh gak)

Bahan-bahan (sambal):
4 tangkai cili besar
bawang putih
bawang merah
garam secukup rasa
gula sket
halia sket
jus limau nipis
air sket

cara:
1. cili dibuang biji n dipotong2
2. bawang n halia pon dipotong kecik2 gak
3. blender seme di atas (jgn lupa letak air sket)
4. last skali letak jus imau nipis..

Bahan-bahan (Ulam):
tomato
timun
daun salad

Cara:
1. tomato n timun dihiris nipis
2. daun salad amik daun dia je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Get your own Digital Clock