Khamis, 17 Jun 2010

kek pisang

bahan-bahan:

4 biji pisang (dihancurkan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
sedikit garam

cara-cara membuatnya:
1. pukul telur, gula dan minyak sehingga kembang
2.. masukkan pisang sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
3. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dikacau sehingga sebati
4. masukkan garam.
5. panaskan microwave 160 degree
6. sapu acuan dengan mentega / minyak sebelum tuang adunan
7. masak selama 40minit.

1 ulasan:


Get your own Digital Clock

Terdapat ralat dalam alat ini